Dengan Nama ALLAH...
Yang Maha Pengasih...
Lagi Maha Penyayang...
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...Ehem...ehem... insyaallah, perasaan tak perkataan yang di italic & di underlinekan kat atas td??? :)
Terima kasih Ya Allah, dengan sifat Ar-Rahman serta Ar-Rahim MU, kami masih KAU beri kesempatan untuk menikmati nikmat2 yang Engkau pinjamkan buat kami ini...
Segala puji buat MU Ya Allah...
NIKMAT-NIKMAT...
Ya, terlalu banyak kan nikmat2 yang kita pinjam dari Allah... Subhanallah, Allah tak pernah minta kita balas semula apa yang kita DAH guna tu melainkan, Allah menggariskan 2 matlamat buat penciptaan kita di atas muka bumi ini...Iaitu,
(cuba belek manual yang paling best sepanjang zaman sejak dulu lagi yakni AL-QURAN al-Karim)
Ok, 1st sekali, insyaallah cuba tgk surah Al-Baqarah, ayat 30 (2:30), [m/s 6]
' Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, " Aku hendak menjadikan khalifah di bumi."...'
2nd, cuba kita tgk pulak surah Az-Zariyat, ayat 56-57 (51:56-57), [m/s 523]
' Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku ' {ayat 56}
' Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki agar mereka memberi makan kepada-Ku' {ayat 57}
Alhamdulillah, dah terang kan Allah nyatakan dalam kalam Nya tentang tugas kita di atas muka bumi ni..
Insyaallah kita cuba sama2 menjadi Khalifah dan abid seperti yang Allah firmankan tu... Insyaallah Ya Rabb..
Insyaallah, dalam menjadi Khalifah tersebut kita pun perlu bermusafir atas muka bumi Allah ini, seperti yang Allah nyatakan dalam surah Al-Imran, ayat 137 + surah al-An'am, ayat 11 dan 69 + surah Al-Nahl, ayat 36...
Untuk apa kita bermusafir???
Supaya kita dapat ambil pengajaran daripada apa yang kita dapat lihat dengan pancaindera kita tu... insyaallah...
Lagi pun, time nie la kita ambil peluang untuk ringan2 kan mental fatigue kita setelah belajar or bekerja...kan?? =)
' Sungguh, telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah (Allah), kerana itu berjalanlah kamu ke (segenap penjuru) bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan (rasul-rasul). ' {Al-Imran : 137} [m/s : 67]
' Katakanlah (Muhammad), "Jelajahilah bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu." ' {Al-An'am : 11} [m/s: 129]
Alhamdulillah, 'Reviving Salahuddin Al-Ayubi's Spirit' a.k.a REST ni adalah sebuah jaulah di Cairo yang mana matlamatnya bukan lah sekadar tangkap2 gambar atau jalan semata-mata... Tetapi insyaallah, kita cuba ambil ibrah dari 'penjelajahan' kita tersebut...
Bila kita sebut Salahuddin Al-Ayubi... siapakah dia???
Jeng.. jeng.. jeng...
Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Insyaallah semua jawab betul... hehe... bijak2... =)
Terima kasih Allah atas nikmat ingatan yang Kau berikan nie...
Ok, antara info tentang beliau ialah :
- Penakluk Jerusalem
- Panglima perang Islam
- Anak Gabenor Tigris
- Lahir pada 1138M ( meninggal pada 1193M )
- mempunyai 3 kubu di Mesir iaitu di Cairo, Alexandria dan Sinai
- berakhlak Islami yang sangat hebat...
- Qal'ah (kubu) Salahuddin Al-Ayubi, Cairo <3
- Masjid 4 Mazhab
| Pemandangan Masjid 4 Mazhab dan Cairo dari atas Qal'ah Salahuddin Al-Ayubi |
| Qal'ah Salahuddin Al-Ayubi dan Masjid Mohammad Ali Pasha. |
| Pemandangan Cairo dan kawasan luarnya, Giza daripada atas kubu. (Piramid di tengah2) |
Qal'ah (kubu) di Cairo ni merupakan salah satu kubu Salahuddin di Mesir. Kubu ini telah dibina dengan cadangan Salahuddin Al-Ayubi utk pertahanan Mesir.
Semasa berdiri kat atas kubu tu... Subhanallah, sangat hebat pemandangannya...
Kita boleh nampak seluruh Cairo dan juga luar Cairo iaitu Giza (kawasan yg ada piramid2). Berdepan dengan kubu tu pulak ada Masjid 4 Mazhab. Dan, yang paling best dan sangat2 best sekali... ada banyak sangat masjid yang dibina dengan jarak yang rapat2. Untuk makluman awak semua, insyaallah kubu ni telah dibina drpd batu-batu piramid. Sekarang, dalam kubu ni juga ada Muzium2 dan Masjid Mohammad Ali Pasha yang diwujudkan selepas zaman Salahuddin Al-Ayubi.
Ok, insyaallah sebelum kita jalan2 pegi Muzium2, kita renung2kan dan fikir2kan ibrah daripada 'penjelajahan' kita di kubu salah seorang panglima Islam yang sengat hebat ni...
Insyaallah, dalam menjadi Khalifah dan pemimpin seperti yang kita dah belek2 dalam Al-Quran masa awal2 tadi, kita perlu berusaha utk fikirkan dan berikan yang terbaik utk diri kita dan orang lain, dengan izin dan ilham dari Allah sebagaimana Salahuddin telah mencadangkan pembinaan kubu ni untuk pertahanan Mesir. Fikiran dan cadangan tu pulak, insyaallah perlulah bermanfaat dan betul2 ada 'nilai' untuk dinilai oleh orang lain. Dengan kedudukan kubu ni yang boleh nampak seluruh Cairo dan luar Cairo iaitu kawasan Giza, kubu ni berada di kedudukan yg sgt strategik.
Dan kini, ada pulak banyak masjid yang dibina dalam kedudukan yang rapat2. Kita bukanlah nak bertanding atau nak kira suka2 banyak mana masjid yang ada kat depan kubu ni tapi kita nak selongkar di sebalik pembinaan banyak2 masjid tu. Iaitu... SOLAT... Solat merupakan elemen yang sangat penting dalam diri kita sebagai seorang Islam. Salahuddin sendiri telah meletakkan elemen yang penting ni untuk memilih tenteranya iaitu, solat rawatib, solat tahajud etc di samping solat fardhu yang sememangnya wajib ditunaikan sehari semalam sebanyak 5 kali. Masyaallah...Sebab tu, mereka hebat sehingga dapat menakluk semula Palestin (Jerusalem).
Seperti yang telah dimaklumkan, kubu ni telah dibina drpd batu-batu piramid. Subhanallah, ini bermaksud... Orang Islam seperti kita2 ni semua, sejak dari dahulu lagi telah Allah ciptakan utk menjadi hebat!!! Bila kita fikir2kan, utk bina sebuah kubu tanpa teknologi seperti sekarang ni.. ianya bukanlah kerja yang mudah kan? Hmmmm...Jika sebelum ini kita rasa piramid-piramid tu hebat atau sangat2 best.. Sebenarnya, apa yang kita (orang Islam) ada...adalah lebih hebat. Sangat wajar utk rasa 'izzah (ketinggian/bangga) dengan apa yang umat Islam terdahulu tinggalkan utk kita dan yang penting kita ambil pengajaran daripadanya. =)Insyaallah, kita perlu ingat sentiasa yang segala kehebatan itu adalah milik Allah jua...
Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahailallah, Allahuakbar.
(p/s :insyaallah ana akan sambung lagi di kesempatan yang lain tentang jaulah ni lagi k? =)
insyaallah banyak lagi utk di share dan direnung2kan kita bersama...)