Thursday, 22 March 2012

Cinta-cinta di Dunia =)

assalam,
ana nk share sikit tntg satu entry yg ana dapat dr satu blog ni...
sebenarnya ana pernah baca tentang cinta2 dari dunia yg macam blog tu post dari satu buku masa kat skolah dulu...
Tapi ana minta maaf sebab dah terlupa tajuknya... =)
So, insyaallah.. Jom kita baca tentang cinta-cinta dari dunia nie... =)


~ CINTA-CINTA DI DUNIA ~
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhTfImII66lraCr73MYEWG0ciD5B-WpbquuntKMbfdIdwTLm4z1c2PtqC0AoWRCqGSO4kqV6P761R2wzCLCw_Clfxqvoc18e7EDVC-QnA5blHJ3-EslOBfsNiozAUqjFp0ihKvl_v1CSCM/s200/CINTA.jpg
Pada suatu hari…..
Ketika Nabi Muhammad s.a.w sedang duduk bersama para sahabat. Baginda bertanya kepada para sahabatnya tentang CINTA. Pertanyaan itu dimulakan dengan Abu Bakar.

“Apakah yang kamu cintakan dari dunia ini wahai Abu Bakar?”
Abu Bakar menjawab :
“Aku mencintai TIGA perkara dari dunia ini :
  • Duduk bersamamu, 
  • melihat dirimu, 
  • menginfaqkan hartaku padamu.”

Baginda meneruskan pertanyaannya lagi : “Kamu pula wahai Umar?”
Umar menjawab :
“Aku mencintai TIGA perkara dari dunia ini :
  • Menyeru kepada kebaikan walaupun dengan sembunyi-sembunyi, 
  • menegah kemungkaran walaupun dengan terang-terangan, dan 
  • berkata benar walaupun ia pahit”

Baginda meneruskan pertanyaannya lagi : “Kamu pula wahai Uthman?”
Uthman menjawab :
“Aku mencintai TIGA perkara dari dunia ini :
  • Memberi makan, 
  • memberi salam, dan 
  • bersolat pada malam hari sedang manusia tidur.”

Baginda meneruskan pertanyaannya lagi : “Kamu pula wahai Ali?”
Ali menjawab :
“Aku mencintai TIGA perkara dari dunia ini :
  • Memuliakan tetamu-tetamuku, 
  • Berpuasa di musim panas, dan 
  • memerangi musuh dengan mata pedang.”

Baginda meneruskan pertanyaannya lagi : “Kamu pula wahai Abu Dzar?”
Abu Dzar menjawab :
“Aku mencintai TIGA perkara dari dunia ini : Lapar, Sakit, dan Mati”
Nabi s.a.w bertanya lagi kepada Abu Dzar : “ Kenapa?”
Abu Dzar menjawab :
  • “Aku cintakan kelaparan kerana ia menghidupkan hatiku, 
  • aku cintakan kesakitan kerana ia mengurangkan dosaku, dan 
  • aku cintakan kematian kerana aku mahu berjumpa Tuhanku”

Kemudian Nabi s.a.w bersabda :
“Aku juga mencintai TIGA perkara dari dunia ini :
  • wangi-wangian, 
  • wanita, dan 
  • solat sebagai penyejuk mataku”

Pada waktu itu, Malaikat Jibril turun dari langit memberi salam kepada mereka lalu berkata :
“Dan aku mencintai tiga perkara dari duniamu :
  • menyampaikan risalah, 
  • menunaikan amanah, dan 
  • mengasihi orang-orang miskin.”

Kemudian Malaikat Jibril naik ke langit dan turun semula seraya berkata :
“Allah s.w.t telah menyampaikan salamNYA pada kalian sambil menyatakan bahawa DIA juga mencintai tiga perkara dari dunia kalian :
  • Lidah yang sentiasa menyebutNYA, 
  • Hati yang sentiasa khusyuk kepadaNYA, dan 
  • Jasad yang sentiasa sabar dengan ujian-ujian dariNYA.”

Subhanallah... 

Wallahu'alam...

Friday, 6 January 2012

Reviving Salahuddin Al-Ayubi's Spirit (REST)

(p/s : cuba baca ni slow2 dan satu persatu, k? =) Insyaallah...)

Dengan Nama ALLAH...
Yang Maha Pengasih...
Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Terima kasih Ya Allah, dengan sifat Ar-Rahman serta Ar-Rahim MU, kami masih KAU beri kesempatan untuk menikmati nikmat2 yang Engkau pinjamkan buat kami ini...
Segala puji buat MU Ya Allah...
Ehem...ehem... insyaallah, perasaan tak perkataan yang di italic & di underlinekan kat atas td??? :)
NIKMAT-NIKMAT...
Ya, terlalu banyak kan nikmat2 yang kita pinjam dari Allah... Subhanallah, Allah tak pernah minta kita balas semula apa yang kita DAH guna tu melainkan, Allah menggariskan 2 matlamat buat penciptaan kita di atas muka bumi ini...
Iaitu,
(cuba belek manual yang paling best sepanjang zaman sejak dulu lagi yakni AL-QURAN al-Karim)
Ok, 1st sekali, insyaallah cuba tgk surah Al-Baqarah, ayat 30 (2:30), [m/s 6]
' Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, " Aku hendak menjadikan khalifah di bumi."...'
2nd, cuba kita tgk pulak surah Az-Zariyat, ayat 56-57 (51:56-57), [m/s 523]
' Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku ' {ayat 56}
' Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki agar mereka memberi makan kepada-Ku' {ayat 57}

Alhamdulillah, dah terang kan Allah nyatakan dalam kalam Nya tentang tugas kita di atas muka bumi ni..
Insyaallah kita cuba sama2 menjadi Khalifah dan abid seperti yang Allah firmankan tu... Insyaallah Ya Rabb..

Insyaallah, dalam menjadi Khalifah tersebut kita pun perlu bermusafir atas muka bumi Allah ini, seperti yang Allah nyatakan dalam surah Al-Imran, ayat 137 + surah al-An'am, ayat 11 dan 69 + surah Al-Nahl, ayat 36...
Untuk apa kita bermusafir???
Supaya kita dapat ambil pengajaran daripada apa yang kita dapat lihat dengan pancaindera kita tu... insyaallah...
Lagi pun, time nie la kita ambil peluang untuk ringan2 kan mental fatigue kita setelah belajar or bekerja...kan?? =)

' Sungguh, telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah (Allah), kerana itu berjalanlah kamu ke (segenap penjuru) bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan (rasul-rasul). ' {Al-Imran : 137} [m/s : 67]

' Katakanlah (Muhammad), "Jelajahilah bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu." ' {Al-An'am : 11} [m/s: 129]

Alhamdulillah, 'Reviving Salahuddin Al-Ayubi's Spirit' a.k.a REST ni adalah sebuah jaulah di Cairo yang mana matlamatnya bukan lah sekadar tangkap2 gambar atau jalan semata-mata... Tetapi insyaallah, kita cuba ambil  ibrah dari 'penjelajahan' kita tersebut...

Bila kita sebut Salahuddin Al-Ayubi... siapakah dia???
Jeng.. jeng.. jeng...



Alhamdulillah... Alhamdulillah...  Alhamdulillah...
Insyaallah semua jawab betul... hehe... bijak2... =)
Terima kasih Allah atas nikmat ingatan yang Kau berikan nie...

Ok, antara info tentang beliau ialah :
  • Penakluk Jerusalem
  • Panglima perang Islam
  • Anak Gabenor Tigris
  • Lahir pada 1138M ( meninggal pada 1193M )
  • mempunyai 3 kubu di Mesir iaitu di Cairo, Alexandria dan Sinai
  • berakhlak Islami yang sangat hebat...
Sekali lagi Alhamdulillah, jaulah ni dibuat di Cairo jadinya tempat-tempat yang di jelajahi adalah
  1. Qal'ah (kubu) Salahuddin Al-Ayubi, Cairo <3
  2. Masjid 4 Mazhab
KUBU SALAHUDDIN AL-AYUBI

Pemandangan Masjid 4 Mazhab dan Cairo dari atas Qal'ah Salahuddin Al-Ayubi


Qal'ah Salahuddin Al-Ayubi dan Masjid Mohammad Ali Pasha.

Pemandangan Cairo dan kawasan luarnya, Giza daripada atas kubu. (Piramid di tengah2)


Qal'ah (kubu) di Cairo ni merupakan salah satu kubu Salahuddin di Mesir. Kubu ini telah dibina dengan cadangan Salahuddin Al-Ayubi utk pertahanan Mesir.
Semasa berdiri kat atas kubu tu... Subhanallah, sangat hebat pemandangannya...
Kita boleh nampak seluruh Cairo dan juga luar Cairo iaitu Giza (kawasan yg ada piramid2). Berdepan dengan kubu tu pulak ada Masjid 4 Mazhab. Dan, yang paling best dan sangat2 best sekali... ada banyak sangat masjid yang dibina dengan jarak yang rapat2. Untuk makluman awak semua, insyaallah kubu ni telah dibina drpd batu-batu piramid. Sekarang, dalam kubu ni juga ada Muzium2 dan Masjid Mohammad Ali Pasha yang diwujudkan selepas zaman Salahuddin Al-Ayubi.

Ok, insyaallah sebelum kita jalan2 pegi Muzium2, kita renung2kan dan fikir2kan ibrah daripada 'penjelajahan' kita di kubu salah seorang panglima Islam yang sengat hebat ni...
Insyaallah, dalam menjadi Khalifah dan pemimpin seperti yang kita dah belek2 dalam Al-Quran masa awal2 tadi, kita perlu berusaha utk fikirkan dan berikan yang terbaik utk diri kita dan orang lain, dengan izin dan ilham dari Allah sebagaimana Salahuddin telah mencadangkan pembinaan kubu ni untuk pertahanan Mesir. Fikiran dan cadangan tu pulak, insyaallah perlulah bermanfaat dan betul2 ada 'nilai' untuk dinilai oleh orang lain. Dengan kedudukan kubu ni yang boleh nampak seluruh Cairo dan luar Cairo iaitu kawasan Giza, kubu ni berada di kedudukan yg sgt strategik.
Dan kini, ada pulak banyak masjid yang dibina dalam kedudukan yang rapat2. Kita bukanlah nak bertanding atau nak kira suka2 banyak mana masjid yang ada kat depan kubu ni tapi kita nak selongkar di sebalik pembinaan banyak2 masjid tu. Iaitu... SOLAT... Solat merupakan elemen yang sangat penting dalam diri kita sebagai seorang Islam. Salahuddin sendiri telah meletakkan elemen yang penting ni untuk memilih tenteranya iaitu, solat rawatib, solat tahajud etc di samping solat fardhu yang sememangnya wajib ditunaikan sehari semalam sebanyak 5 kali. Masyaallah...Sebab tu, mereka hebat sehingga dapat menakluk semula Palestin (Jerusalem).
Seperti yang telah dimaklumkan, kubu ni telah dibina drpd batu-batu piramid. Subhanallah, ini bermaksud... Orang Islam seperti kita2 ni semua, sejak dari dahulu lagi telah Allah ciptakan utk menjadi hebat!!! Bila kita fikir2kan, utk bina sebuah kubu tanpa teknologi seperti sekarang ni.. ianya bukanlah kerja yang mudah kan? Hmmmm...Jika sebelum ini kita rasa piramid-piramid tu hebat atau sangat2 best.. Sebenarnya, apa yang kita (orang Islam) ada...adalah lebih hebat. Sangat wajar utk rasa 'izzah (ketinggian/bangga) dengan apa yang umat Islam terdahulu tinggalkan utk kita dan yang penting kita ambil pengajaran daripadanya. =)
Insyaallah, kita perlu ingat sentiasa yang segala kehebatan itu adalah milik Allah jua...
Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahailallah, Allahuakbar.

(p/s :insyaallah ana akan sambung lagi di kesempatan yang lain tentang jaulah ni lagi k? =)
insyaallah banyak lagi utk di share dan direnung2kan kita bersama...)






                          

Thursday, 25 August 2011

Kasih 'Eshrin di bulan Ramadhan =)

 salam,
apa khabar sahabat2?

alhamdulillah, Allah memberi kita nikmat yang terlalu banyak pada kita... especially kita yang rakyat Malaysia ni... 
Alhamdulillah negara kita aman, alhamdulillah kita ada rezeki untuk di makan... Alhamdulillah Ya Rabb..
Justeru, insyaallah ada sedikit hebahan untuk kita semua... 



1. InshaAllah, JOM! Kasih Ramadhan 2.0 mensasarkan kutipan dana sebanyak 130,000LE dan jangkamasa kutipan adalah 5 hari (bermula dari 23 sehingga 27 Ramadhan sahaja!.)

2. Kemana kutipan 130,000LE akan disumbangkan?
1. 50,000LE Sumbangan ke Islamic Relief, Mesir untuk tujuan pembinaan rumah anak2 Mesir yang termasuk 'anak2 yatim, miskin, serba kekurangan dan keupayaan diri' di Helwan, Cairo.
2. 46000 LE untuk Program Kasih eShrin.
   Kasih eShrin (20) adalah sumbangan pack makanan Ramadhan kepada 50 keluarga miskin di Malaysia (10 buah negeri) dan 120 keluarga Miskin di Mesir (lokasi di Tanta).
3. 20,000LE untutk sumbangan ke Somalia Refugee Camp.
4. 4000LE untuk sumbangan 800 Mushaf Quran ke Ghana.
5. 10000LE untuk program komuniti dan pemeriksaan kesihatan bersama Orang Asli Cameron Highland.

3. Apa yang anda boleh bantu?
Warwarkan Kempen JOM! Kasih Ramadhan 2.0 ini kepada kenalan anda. (Klik di ikon FB dibawah)

4. Setiap anda mampu menjayakan kempen 130,000LE ini dengan hanya bermula 20LE !!
1. eShrin (20) Sumbangan mengikut matawang anda...20LE, RM20, 20USD, 20GBP, $20......
2. IbuBapa atau sumbangan dari anda yang bekerja sumbangan ikhlas denominasi RM200 amatlah digalakkan.
3. Warga Korporat. Sumbangan zakat RM2000 dari organisasi anda amatlah dialu-alukan

5. Bagaimana menyumbang?
LANGKAH PERTAMA: PLEDGE atau NIAT Sumbangan ANDA sekarang!
Sila PLEDGE diborang yang disediakan, anda boleh menyampaikannya kemudian kepada wakil2 JOM! Kasih Ramadhan atau memasukkan didalam bank kemudian. Pastikan PLEDGE dan NIAT anda dilakukan semasa anda berada didalam Zon Ramadhan! LINK BORANG 'PLEDGE atau NIAT'

LANGKAH KEDUA: PEMBAYARAN
Di Malaysia : Masukkan ke akaun 'Mansoura Consultancy' - Maybank - 512802511290
Di Mesir : Sampaikan terus ke wakil2 muhafazah

6. Apa yang perlu anda buat setelah bayaran dibuat (samada di Mesir atau Malaysia)
Maklum secara email slip atau sumbangan ke Zakwan Ilias (mansoura.medicmesir@yahoo.com) +60148635694

7. Segala pertanyaan, sila berhubung dengan :
Pengarah (Malaysia) : Aiman Jusri ~+60133746393
Timbalan Pengarah (diMesir): Azizul Hakim Mahdi ~ +20142970299
Sekretariat program: Zahida ~ +60173947297

8. Segala perbicangan mengenai perkembangan JOM! Kasih Ramadhan 2.0, sila hadirkan diri anda ke FB group ini ! http://www.facebook.com/groups/166266350089841/

9. Anda juga boleh mendapat makluman terkini dari blog dibawah:
10. Semoga dipermudahkan segala urusan untuk kita sama-sama merebut peluang ibadah dibulan Ramadhan, Semoga ibadah kita ini diterima oleh Allah swt.
 sumber : medicmesir
 
Sahabat-sahabat,

Ibnu Abbas (r.a) berkata :
"Rasulullah S.A.W adalah seorang yang sangat pemurah. Sifat pemurahnya lebih menonjol di dalam bulan Ramadhan. Dalam bulan itu, Jibril telah datang membacakan Al-Quran padanya. Apabila Baginda didatangi oleh Jibril,baginda akan menjadi lebih pemurah dari angin yang berpuput."

Oleh itu, sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, mari kita contohi teladan yang telah ditunjukkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Tanda kita cinta dan ingat pada Baginda... insyaallah. =)

Seandainya ada kekangan atau kesulitan, smoga kita dpt sama2 mendoakan kelancaran program ini dan diharap dapat menghebahkan kepada insan2 disekeliling anda mahupun menggunakan pena IT... =)

~'Mendedikasikan hidup dan amal ibadah kerana Allah berpandukan peribadi mulia yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. '~



salam ukhuwwah.

Tuesday, 23 August 2011

'Istimewa'nya Kita... =)

salam, 
sahabat-sahabat sihat? Apa khabar agaknya iman kita ye?? =)
Jom, kita hayati sekejap video di bawah ni...insyaallah...
Alhamdulillah, ana tengok vid ni di youtube iaitu sedutan Halaqah Sentuhan Qalbu...
bertajuk IKON...



insyaallah,
sahabat-sahabat, siapakah yang mulia itu?
sahabat-sahabat, siapakah yang dirindui baginda Nabi Muhammad S.A.W itu?
sahabat-sahabat, siapakah yang dikasihi oleh baginda itu?
sahabat-sahabat, baginda menangis...
Seorang insan yang paling mulia di atas muka bumi, yang merupakan Kekasih Allah...
telah menangis sehingga basah janggutnya kerana merindui...
  • manusia yang lahir jauh setelah baginda wafat
  • manusia yang tidak pernah memandang baginda Rasulullah
  • manusia yang tidak hidup dekat dengan baginda (di zaman Rasulullah)
Siapakah MANUSIA itu???
insyaallah, sahabat-sahabat ada jawapannya kan? =)

subhanallah,
sahabat-sahabat yang ana kasihi, baginda Nabi Muhammad S.A.W merindui umatnya...
Bahkan, air mata baginda yang mulia itu turut menitis kerana umatnya... Betapa kasih dan risaunya baginda pada kita sehinggakan ketika di hujung hayat baginda, baginda menyebut "ummati, ummati, ummati".

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
Baginda Nabi Muhammad S.A.W merindui umatnya yang begitu mencintai Allah.
Baginda merindui umatnya yang rindu pada baginda meskipun tidak pernah menatap wajah baginda.

Beruntunglah kita kerana telah dilahirkan sebagai umat Nabi Yang Terakhir yang Allah utuskan untuk umat manusia iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Nabi yang diizinkan Allah untuk mengurniakan syafaat pada umatnya yang berselawat & mengingatinya.
Tetapi, semata-mata lahir sebagai umat akhir zaman bukanlah alasan untuk kita 'meringan' dan 'mempermudah' rasa rindu pada Nabi Muhammad S.A.W.
Kerana, kita perlu ALERT juga bahawa umat yang baginda rindui SANGAT MENCINTAI ALLAH dan RINDU PADA RASULULLAH...

Justeru, dengan rasa kerdil sebagai seorang khalifah Allah di muka bumi, ana berharap agar kita diizinkan Allah untuk berusaha dalam menjadi UMAT Nabi Muhammad S.A.W yang ISTIMEWA tersebut. Insyaallah...

p/s : ana memohon maaf atas sebarang kekhilafan ana dlm perkongsian ini... sesungguhnya, yang baik adalah dari Allah dan sebarang kekurangan adalah kesilapan ana sendiri dan terjadi dengan izin Allah S.W.T jua..

salam ukhuwwah.
'Selamat Memburu Lailatul Qadar' =)





Friday, 19 August 2011

SAYANG sahabat seluruhnya...


SPACIAL LOVE FOR MY DEAREST FRIENDS!
Thank you for everything :)
Penangan USRAH masih terasa sehingga ke saat ini.
InsyaAllah..hingga akhir hayat..Ameeen..
Ummi Cu & Ummi Dina.











 

Thank you for all your support.
Terima kasih atas segala dorongan dan sekongan.Syukran!








Naz Elia Sofea, Fathimah, Syaidatul Syakilla, Maryam Md Nor, Nurul Ain, Farah Wahida, Yana Zahid, Yana Ariffin, Eliya,Jannah, dan semuanya…


Terima kasih atas ikatan persahabatan yang telah dihulurkan..
SAYANG SEMUANYA…

"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah." (Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)


 SALAM UKHUWAH!


Thursday, 18 August 2011

Hebat ke DOA'?

Duduk termenung di ruang tamu, tiba-tiba seorang tua datang membawa beberapa helaian kertas.
Si tua itu sebenarnya, ayahanda tercinta, yang baru saja pulang dari masjid berhampiran rumah kami.
Helaian kertas itu pula sebenarnya risalah ilmiah mingguan daripada Masjid di kampong.
Sekali lagi ana terbaca tentang doa.
Perkongsian untuk entry kali ni, rentetan daripada risalah yang dikhabarkan dalam tajuk yang sebelum ni.

Sana sini orang-orang mengembar-gemburkan tentang doa.
Hebat sangat ke DOA tu???
Ye! Doa sememangnya sangat hebat bagi seorang muslim sejati.
Lagi-lagi,waktu bulan puasa sekarang.
Lagi terbuka luas kuanter-kuanter pemohonan yang ingin membuat permohonan kepada “BIG BOSS”, the Almighty Allah.
Daripada risalah ilmu yang ana baca, ada terdapat beberapa potongan hadith yang menarik untuk dikongsikan.
Seorang sahabat baginda bertanya kepada baginda,tentang waktu lebih didengar oleh Allah taala untuk berdoa.

Maka Rasulullah bersabda :
“waktu tersebut adalah pada tengah malamdan pada akhir setiap solat fardhu. Allah memerhatikan hamba-hambaNYA yang bersungguh-sungguh berdoa.”

Pada masa yang sama,terdapat beberapa hadith yang menerangkan keadaan-keadaan tertentu,bilamana Allah memakbulkan doa hambaNYA :

·         Doa seseorang untuk saudaranya yang tidak bersamanya adalah dikabulkan Allah
·         Allah tidak menolak doa seorang yang berdoa antara azan dan iqamah
·         Dalam sebuah hadith Qudsi riwayat Rabii, dikatakan bahawasanya sesiapa yang berdoa semasa senang, Allah akan memakbulkan doanya  tatkala dia dihimpit kesulitan
·         Terdapat 3 golongan yang tidak ditolak doa mereka, antaranya adalah :orang yang sedang berpuasa sehingga ia berbuka, seorang pemimpin yang adil dan orang yang dizalimi
·         Berdasarkan sebuah hadith riwayat Tabrani,Nabi SAW bersabda :
“Tiada seorang hamba yang berdoa kepada Allah, melainkan dikabulkan permintaannya ataupun diberikannya 3 pilihan iaitu, dipercepatkan tertunai doanya di dunia, ditangguhkanuntuk diberikan kebaikan lain di akhirat ataupun digantikan dengan sesuatu yang boleh menolaknya daripada ditimpa bencana.”
·         ”Barangsiapa ingin agar doanya terkabul dan masalah-masalahnya diselesaikan,hendaklah dia sentiasa menolong orang dalam kesulitan.” (Hadith riwayat Ahmad)



Hebat kan DOA!
Maka, ayuh kita susun ayat-ayat indah untuk dihadapkan kepada yang Maha Esa.
Semoga memberi manfaat bersama.
Ayuh renung-renungkan! InsyaAllah..
Wallahualam…





Wednesday, 17 August 2011

Kerana Mendambakan Pahala, Malaikat Ingin Menjadi Manusia


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Perkongsian kali ini adalah kupasan risalah yang diedarkan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Hasaniah Bt3, Jalan Kapar Klang.
Ana dapat baca pun, melalui ayahanda yang baru saja pulang dari masjid dan menyerahkan risalah ni, untuk dimanfaatkan bersama.
Maka, ana pun terfikir nak berkongsi dengan sesiapa yang sudi membaca, untuk perkongsian kali ini.
Semuanya berkisar tentang,  Keinginan Malaikat menjadi seorang manusia.
Pelik sungguh kalau difikirkan tentang keinginan si malaikat.
Bukan apa, seperti yang kita ketahui, malaikat, imannnya consisten. Amalannya, istiqamah.Dan tiada dosa, tapi kenapa berkeinginan untuk menjadi seorang manusia pula???

Alasannya ada dinyatakan dalam satu dialog Rasulullah bersama sahabat baginda Saidina Ali.
Baginda bersabda :
“Malaikat Jibrail sentiasa mendambakan untuk menjadi manusia, kerana manusia mendapat pahala dengan beramal dengan 7 perkara, iaitu : Sembahyang lima waktu bersama imam, berada dalam majlis ulama’, menziarahi orang ssakit, menghantar jenazah di perkuburan, memberikan minuman, mendamaikan antara dua orang  yang sedang bermusuh dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim.”

Kemudian baginda bersabda lagi : 
“Hendaklah kamu bersungguh-sungguh   dengan amalan-amalan itu.”

Duhai malaikat, alangkan engkau makhluk yang sentiasa tunduk dan patuh pada yang maha Pencipta, mahu mengambil kesempatan ini, inikan pula kami manusiawi yang sudah azali diciptakan sebagai manusia.
Alangkah malangnya,  andai kami terus menerus alpa dengan nikmat kebaikan yang Allah turunkan sejak awal penciptaan kami,seluruh manusia
Pahala ada di mana-mana.Yang tinggal hanya usaha,,,
Tepuk dada Tanya iman..
Semoga menjadi panduan dan ingatan bersama.InsyaAllah.
Wallahualam…