Thursday, 25 August 2011

Kasih 'Eshrin di bulan Ramadhan =)

 salam,
apa khabar sahabat2?

alhamdulillah, Allah memberi kita nikmat yang terlalu banyak pada kita... especially kita yang rakyat Malaysia ni... 
Alhamdulillah negara kita aman, alhamdulillah kita ada rezeki untuk di makan... Alhamdulillah Ya Rabb..
Justeru, insyaallah ada sedikit hebahan untuk kita semua... 



1. InshaAllah, JOM! Kasih Ramadhan 2.0 mensasarkan kutipan dana sebanyak 130,000LE dan jangkamasa kutipan adalah 5 hari (bermula dari 23 sehingga 27 Ramadhan sahaja!.)

2. Kemana kutipan 130,000LE akan disumbangkan?
1. 50,000LE Sumbangan ke Islamic Relief, Mesir untuk tujuan pembinaan rumah anak2 Mesir yang termasuk 'anak2 yatim, miskin, serba kekurangan dan keupayaan diri' di Helwan, Cairo.
2. 46000 LE untuk Program Kasih eShrin.
   Kasih eShrin (20) adalah sumbangan pack makanan Ramadhan kepada 50 keluarga miskin di Malaysia (10 buah negeri) dan 120 keluarga Miskin di Mesir (lokasi di Tanta).
3. 20,000LE untutk sumbangan ke Somalia Refugee Camp.
4. 4000LE untuk sumbangan 800 Mushaf Quran ke Ghana.
5. 10000LE untuk program komuniti dan pemeriksaan kesihatan bersama Orang Asli Cameron Highland.

3. Apa yang anda boleh bantu?
Warwarkan Kempen JOM! Kasih Ramadhan 2.0 ini kepada kenalan anda. (Klik di ikon FB dibawah)

4. Setiap anda mampu menjayakan kempen 130,000LE ini dengan hanya bermula 20LE !!
1. eShrin (20) Sumbangan mengikut matawang anda...20LE, RM20, 20USD, 20GBP, $20......
2. IbuBapa atau sumbangan dari anda yang bekerja sumbangan ikhlas denominasi RM200 amatlah digalakkan.
3. Warga Korporat. Sumbangan zakat RM2000 dari organisasi anda amatlah dialu-alukan

5. Bagaimana menyumbang?
LANGKAH PERTAMA: PLEDGE atau NIAT Sumbangan ANDA sekarang!
Sila PLEDGE diborang yang disediakan, anda boleh menyampaikannya kemudian kepada wakil2 JOM! Kasih Ramadhan atau memasukkan didalam bank kemudian. Pastikan PLEDGE dan NIAT anda dilakukan semasa anda berada didalam Zon Ramadhan! LINK BORANG 'PLEDGE atau NIAT'

LANGKAH KEDUA: PEMBAYARAN
Di Malaysia : Masukkan ke akaun 'Mansoura Consultancy' - Maybank - 512802511290
Di Mesir : Sampaikan terus ke wakil2 muhafazah

6. Apa yang perlu anda buat setelah bayaran dibuat (samada di Mesir atau Malaysia)
Maklum secara email slip atau sumbangan ke Zakwan Ilias (mansoura.medicmesir@yahoo.com) +60148635694

7. Segala pertanyaan, sila berhubung dengan :
Pengarah (Malaysia) : Aiman Jusri ~+60133746393
Timbalan Pengarah (diMesir): Azizul Hakim Mahdi ~ +20142970299
Sekretariat program: Zahida ~ +60173947297

8. Segala perbicangan mengenai perkembangan JOM! Kasih Ramadhan 2.0, sila hadirkan diri anda ke FB group ini ! http://www.facebook.com/groups/166266350089841/

9. Anda juga boleh mendapat makluman terkini dari blog dibawah:
10. Semoga dipermudahkan segala urusan untuk kita sama-sama merebut peluang ibadah dibulan Ramadhan, Semoga ibadah kita ini diterima oleh Allah swt.
 sumber : medicmesir
 
Sahabat-sahabat,

Ibnu Abbas (r.a) berkata :
"Rasulullah S.A.W adalah seorang yang sangat pemurah. Sifat pemurahnya lebih menonjol di dalam bulan Ramadhan. Dalam bulan itu, Jibril telah datang membacakan Al-Quran padanya. Apabila Baginda didatangi oleh Jibril,baginda akan menjadi lebih pemurah dari angin yang berpuput."

Oleh itu, sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, mari kita contohi teladan yang telah ditunjukkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Tanda kita cinta dan ingat pada Baginda... insyaallah. =)

Seandainya ada kekangan atau kesulitan, smoga kita dpt sama2 mendoakan kelancaran program ini dan diharap dapat menghebahkan kepada insan2 disekeliling anda mahupun menggunakan pena IT... =)

~'Mendedikasikan hidup dan amal ibadah kerana Allah berpandukan peribadi mulia yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. '~



salam ukhuwwah.

Tuesday, 23 August 2011

'Istimewa'nya Kita... =)

salam, 
sahabat-sahabat sihat? Apa khabar agaknya iman kita ye?? =)
Jom, kita hayati sekejap video di bawah ni...insyaallah...
Alhamdulillah, ana tengok vid ni di youtube iaitu sedutan Halaqah Sentuhan Qalbu...
bertajuk IKON...



insyaallah,
sahabat-sahabat, siapakah yang mulia itu?
sahabat-sahabat, siapakah yang dirindui baginda Nabi Muhammad S.A.W itu?
sahabat-sahabat, siapakah yang dikasihi oleh baginda itu?
sahabat-sahabat, baginda menangis...
Seorang insan yang paling mulia di atas muka bumi, yang merupakan Kekasih Allah...
telah menangis sehingga basah janggutnya kerana merindui...
  • manusia yang lahir jauh setelah baginda wafat
  • manusia yang tidak pernah memandang baginda Rasulullah
  • manusia yang tidak hidup dekat dengan baginda (di zaman Rasulullah)
Siapakah MANUSIA itu???
insyaallah, sahabat-sahabat ada jawapannya kan? =)

subhanallah,
sahabat-sahabat yang ana kasihi, baginda Nabi Muhammad S.A.W merindui umatnya...
Bahkan, air mata baginda yang mulia itu turut menitis kerana umatnya... Betapa kasih dan risaunya baginda pada kita sehinggakan ketika di hujung hayat baginda, baginda menyebut "ummati, ummati, ummati".

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
Baginda Nabi Muhammad S.A.W merindui umatnya yang begitu mencintai Allah.
Baginda merindui umatnya yang rindu pada baginda meskipun tidak pernah menatap wajah baginda.

Beruntunglah kita kerana telah dilahirkan sebagai umat Nabi Yang Terakhir yang Allah utuskan untuk umat manusia iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Nabi yang diizinkan Allah untuk mengurniakan syafaat pada umatnya yang berselawat & mengingatinya.
Tetapi, semata-mata lahir sebagai umat akhir zaman bukanlah alasan untuk kita 'meringan' dan 'mempermudah' rasa rindu pada Nabi Muhammad S.A.W.
Kerana, kita perlu ALERT juga bahawa umat yang baginda rindui SANGAT MENCINTAI ALLAH dan RINDU PADA RASULULLAH...

Justeru, dengan rasa kerdil sebagai seorang khalifah Allah di muka bumi, ana berharap agar kita diizinkan Allah untuk berusaha dalam menjadi UMAT Nabi Muhammad S.A.W yang ISTIMEWA tersebut. Insyaallah...

p/s : ana memohon maaf atas sebarang kekhilafan ana dlm perkongsian ini... sesungguhnya, yang baik adalah dari Allah dan sebarang kekurangan adalah kesilapan ana sendiri dan terjadi dengan izin Allah S.W.T jua..

salam ukhuwwah.
'Selamat Memburu Lailatul Qadar' =)





Friday, 19 August 2011

SAYANG sahabat seluruhnya...


SPACIAL LOVE FOR MY DEAREST FRIENDS!
Thank you for everything :)
Penangan USRAH masih terasa sehingga ke saat ini.
InsyaAllah..hingga akhir hayat..Ameeen..
Ummi Cu & Ummi Dina.











 

Thank you for all your support.
Terima kasih atas segala dorongan dan sekongan.Syukran!








Naz Elia Sofea, Fathimah, Syaidatul Syakilla, Maryam Md Nor, Nurul Ain, Farah Wahida, Yana Zahid, Yana Ariffin, Eliya,Jannah, dan semuanya…


Terima kasih atas ikatan persahabatan yang telah dihulurkan..
SAYANG SEMUANYA…

"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah." (Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)


 SALAM UKHUWAH!


Thursday, 18 August 2011

Hebat ke DOA'?

Duduk termenung di ruang tamu, tiba-tiba seorang tua datang membawa beberapa helaian kertas.
Si tua itu sebenarnya, ayahanda tercinta, yang baru saja pulang dari masjid berhampiran rumah kami.
Helaian kertas itu pula sebenarnya risalah ilmiah mingguan daripada Masjid di kampong.
Sekali lagi ana terbaca tentang doa.
Perkongsian untuk entry kali ni, rentetan daripada risalah yang dikhabarkan dalam tajuk yang sebelum ni.

Sana sini orang-orang mengembar-gemburkan tentang doa.
Hebat sangat ke DOA tu???
Ye! Doa sememangnya sangat hebat bagi seorang muslim sejati.
Lagi-lagi,waktu bulan puasa sekarang.
Lagi terbuka luas kuanter-kuanter pemohonan yang ingin membuat permohonan kepada “BIG BOSS”, the Almighty Allah.
Daripada risalah ilmu yang ana baca, ada terdapat beberapa potongan hadith yang menarik untuk dikongsikan.
Seorang sahabat baginda bertanya kepada baginda,tentang waktu lebih didengar oleh Allah taala untuk berdoa.

Maka Rasulullah bersabda :
“waktu tersebut adalah pada tengah malamdan pada akhir setiap solat fardhu. Allah memerhatikan hamba-hambaNYA yang bersungguh-sungguh berdoa.”

Pada masa yang sama,terdapat beberapa hadith yang menerangkan keadaan-keadaan tertentu,bilamana Allah memakbulkan doa hambaNYA :

·         Doa seseorang untuk saudaranya yang tidak bersamanya adalah dikabulkan Allah
·         Allah tidak menolak doa seorang yang berdoa antara azan dan iqamah
·         Dalam sebuah hadith Qudsi riwayat Rabii, dikatakan bahawasanya sesiapa yang berdoa semasa senang, Allah akan memakbulkan doanya  tatkala dia dihimpit kesulitan
·         Terdapat 3 golongan yang tidak ditolak doa mereka, antaranya adalah :orang yang sedang berpuasa sehingga ia berbuka, seorang pemimpin yang adil dan orang yang dizalimi
·         Berdasarkan sebuah hadith riwayat Tabrani,Nabi SAW bersabda :
“Tiada seorang hamba yang berdoa kepada Allah, melainkan dikabulkan permintaannya ataupun diberikannya 3 pilihan iaitu, dipercepatkan tertunai doanya di dunia, ditangguhkanuntuk diberikan kebaikan lain di akhirat ataupun digantikan dengan sesuatu yang boleh menolaknya daripada ditimpa bencana.”
·         ”Barangsiapa ingin agar doanya terkabul dan masalah-masalahnya diselesaikan,hendaklah dia sentiasa menolong orang dalam kesulitan.” (Hadith riwayat Ahmad)



Hebat kan DOA!
Maka, ayuh kita susun ayat-ayat indah untuk dihadapkan kepada yang Maha Esa.
Semoga memberi manfaat bersama.
Ayuh renung-renungkan! InsyaAllah..
Wallahualam…





Wednesday, 17 August 2011

Kerana Mendambakan Pahala, Malaikat Ingin Menjadi Manusia


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Perkongsian kali ini adalah kupasan risalah yang diedarkan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Hasaniah Bt3, Jalan Kapar Klang.
Ana dapat baca pun, melalui ayahanda yang baru saja pulang dari masjid dan menyerahkan risalah ni, untuk dimanfaatkan bersama.
Maka, ana pun terfikir nak berkongsi dengan sesiapa yang sudi membaca, untuk perkongsian kali ini.
Semuanya berkisar tentang,  Keinginan Malaikat menjadi seorang manusia.
Pelik sungguh kalau difikirkan tentang keinginan si malaikat.
Bukan apa, seperti yang kita ketahui, malaikat, imannnya consisten. Amalannya, istiqamah.Dan tiada dosa, tapi kenapa berkeinginan untuk menjadi seorang manusia pula???

Alasannya ada dinyatakan dalam satu dialog Rasulullah bersama sahabat baginda Saidina Ali.
Baginda bersabda :
“Malaikat Jibrail sentiasa mendambakan untuk menjadi manusia, kerana manusia mendapat pahala dengan beramal dengan 7 perkara, iaitu : Sembahyang lima waktu bersama imam, berada dalam majlis ulama’, menziarahi orang ssakit, menghantar jenazah di perkuburan, memberikan minuman, mendamaikan antara dua orang  yang sedang bermusuh dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim.”

Kemudian baginda bersabda lagi : 
“Hendaklah kamu bersungguh-sungguh   dengan amalan-amalan itu.”

Duhai malaikat, alangkan engkau makhluk yang sentiasa tunduk dan patuh pada yang maha Pencipta, mahu mengambil kesempatan ini, inikan pula kami manusiawi yang sudah azali diciptakan sebagai manusia.
Alangkah malangnya,  andai kami terus menerus alpa dengan nikmat kebaikan yang Allah turunkan sejak awal penciptaan kami,seluruh manusia
Pahala ada di mana-mana.Yang tinggal hanya usaha,,,
Tepuk dada Tanya iman..
Semoga menjadi panduan dan ingatan bersama.InsyaAllah.
Wallahualam…

Tuesday, 16 August 2011

KESILAPAN,,,mungkin tatkala separa sedar..


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang….

Sedang melayang perasaan yang  asyik tidak menentu saban hari, tiba-tiba terinsaf diri lalu terus menghitung-hitung dosa semalam.
Astaghfirullah..lalai sungguh diri ini.
Namun, Alhamdulillah, ALLAH lebih berkuasa.
Terima kasih wahai pencipta kerana ENGKAU alpakan daku hanya seketika.
Terima kasih atas hidayahMU yang sungguh bermakna, sungguhpun datangnya sedetik cuma .
Tanpa ada kesedaran yang sedetik itu,pasti diri akan terus menerus bergelumang dosa.Tidak perlu dikira-kira sama ada dosanya kecil mahupun besar. Andai yang kecil diabaikan pun, lama-lama membesar jua.Sia-sia saja.
Maka, memperhitung diri untuk semakin dekat padaNYA lebih membawa keuntungan.

Terfikir sejenak akan satu kebiasaan yang sudah semakin sebati dalam kalangan masyarakat kita. Tentang lancangnya lidah dalam mencanang cerita “kurang enak “perihal orang lain kepada mereka yang lain.
Kadang kala kita tidak sedar apa yang diperkatakan. Tetapi hakikatnya, dalam mainnya kita,bertarik–tali dalam mempertahankan ceritera-ceritera yang ingin disampaikan, ada cacat celanya bila difikir-fikirkan kembali.
Lagi-lagi,tatkala ada perkara yang tidak memuaskan hati dan jiwa. Pasti ada yang ingin dilepaskan, kononnya akan meringankan  beban hati sedikit.
Bibit-bibit amalan ini kebiasaannya tercetus tatkala ada yang datang dan berkata begini :
“Aku bukan nak cakap ape ,tapi si polan dan si polan tu____________.”
Haaaaa… nanti individu seterusnya akan sambung dan menyambung-nyambung sehinggalah terciptanya satu cerita yang menarik dan menghiburkan. Walhal, si polan dan si polan tu, hanya tersilap sedikit saja.
Tapi, cerita mereka dicanang menjadi skrip drama yang sangat dramatis dan “bombastic”.
Cuba sama-sama kita fikirkan andai kata, nama yang dicanang adalah diri kita sendiri.
Andai yang dicanang-canangkan bak roti canai tu, semuanya yang baik-baik, tentu sejuk hati dan halwa telinga bila didengar. Bagaimana pula jika sebaliknya?Mahunya nanti ada yang mengamuk-ngamuk tak tentu pasal.
Habis nanti segala laman social dimanfaatkan untuk mencemuh dan memuntahkan cacian.
Nauzubillah…

Firman Allah taala :
“Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk sangka(sesama  muslim)kerana sebahagian buruk sangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari aib orang serta jangan pula sebahagian kamu mengumpat yang lain.”
(Surah Al-Hujurat :12)

Imam Ghazali r.h mengatakan bahawa mengumpat terbahagi kepada 11 jenis.Lapan daripadanya terjadi disebabkan :
@ untuk meredakan kemarahan
@ digemari dan sesuai dengan seseorang
@ terdapat kesaksian terhadap umpatannya dan melepaskannya
@ untuk menafikan tindakannya terhadap orang lain
@ untuk  berbangga diri
@ hasad dengki
@ sekadar bergurau senda dan menghabiskan masa lapang dengan ketawa yang sia-sia
@ untuk menghina dan mempermainkan orang lain

Manakala tiga punca umpatan dalam kalangan para ulama dan orang khusus ialah :
@ taksub menentang kemungkaran dan kesalahan pada agama
@ berduka cita kerana bencana yang menimpa seseorang
@ marah kerana ALLAH  S.W.T.

Sungguhpun begitu, ada beberapa situasi yang membenarkan kita untuk mengumpat. Sebagai contoh, Imam Ghazali ada menyatakan :
@ dalam penganiayaan dan kezaliman
@ meminta bantuan untuk mengubah kejahatan kepada kebaikan
@ meminta fatwa tentang hukam hakam agama
@ menakutkan orang muslim daripada melakukan kemungkaran dan kejahatan
@ memanggil atau menamakan seseorang mengikut gelaran  tertentu yang biasa digunakannya
@ melihat seseorang yang menampakkan kefasikannya

Oleh yang demikian, berhikmahlah kita tatkala ingin menimbangtara cerita yang ingin dibualkan bersama para sahabat.Takut-takut, ada pula yang yang terlepas cakap.
Sesungguhnya, Allah maha mendengar lagi maha mengetahui.

Firman Allah taala dalam surah Al-Ahzab ayat 58 :
Maksudnya: “Orang yang menyakiti mikmin  lelaki dan perempuan dengan sesuatu yang tidak dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.”

Sekadar mengingatkan diri dan perkongsian bersama…InsyaAllah.
Wallahualam…


Saturday, 13 August 2011

Alhamdulillah..Bertemu kita bersama Pena IT...

Assalamualaikum..
Buat seluruh sahabat tersayang.
Apa khabar iman?
Penuh harapan,agar semuanya dalam sihat walafiat dan bahagia bersama keluarga tercinta.
Cuti panjang hampir habis.
Tapi mesti banyak yang dah dipelajari di kampung halaman kan? :)
Salam ukhwah dan salam perjuangan.
Ayuh kita uusahakan TINTA IT ni bersama.
Seperti yang telah direncanakan sejak sekian lama.
Semoga semuanya dapat faedah dan manfaat bersama.
Salam Perjuangan :)
Wallahualam...