ana nk share sikit tntg satu entry yg ana dapat dr satu blog ni...
sebenarnya ana pernah baca tentang cinta2 dari dunia yg macam blog tu post dari satu buku masa kat skolah dulu...
Tapi ana minta maaf sebab dah terlupa tajuknya... =)
So, insyaallah.. Jom kita baca tentang cinta-cinta dari dunia nie... =)
~ CINTA-CINTA DI DUNIA ~
Pada suatu hari…..
Ketika Nabi Muhammad s.a.w sedang duduk bersama para sahabat. Baginda bertanya kepada para sahabatnya tentang CINTA. Pertanyaan itu dimulakan dengan Abu Bakar.
“Apakah yang kamu cintakan dari dunia ini wahai Abu Bakar?”
Abu Bakar menjawab :
“Aku mencintai TIGA perkara dari dunia ini :
- Duduk bersamamu,
- melihat dirimu,
- menginfaqkan hartaku padamu.”
Baginda meneruskan pertanyaannya lagi : “Kamu pula wahai Umar?”
Umar menjawab :
“Aku mencintai TIGA perkara dari dunia ini :
- Menyeru kepada kebaikan walaupun dengan sembunyi-sembunyi,
- menegah kemungkaran walaupun dengan terang-terangan, dan
- berkata benar walaupun ia pahit”
Baginda meneruskan pertanyaannya lagi : “Kamu pula wahai Uthman?”
Uthman menjawab :
“Aku mencintai TIGA perkara dari dunia ini :
- Memberi makan,
- memberi salam, dan
- bersolat pada malam hari sedang manusia tidur.”
Baginda meneruskan pertanyaannya lagi : “Kamu pula wahai Ali?”
Ali menjawab :
“Aku mencintai TIGA perkara dari dunia ini :
- Memuliakan tetamu-tetamuku,
- Berpuasa di musim panas, dan
- memerangi musuh dengan mata pedang.”
Baginda meneruskan pertanyaannya lagi : “Kamu pula wahai Abu Dzar?”
Abu Dzar menjawab :
“Aku mencintai TIGA perkara dari dunia ini : Lapar, Sakit, dan Mati”
Nabi s.a.w bertanya lagi kepada Abu Dzar : “ Kenapa?”
Abu Dzar menjawab :
- “Aku cintakan kelaparan kerana ia menghidupkan hatiku,
- aku cintakan kesakitan kerana ia mengurangkan dosaku, dan
- aku cintakan kematian kerana aku mahu berjumpa Tuhanku”
Kemudian Nabi s.a.w bersabda :
“Aku juga mencintai TIGA perkara dari dunia ini :
- wangi-wangian,
- wanita, dan
- solat sebagai penyejuk mataku”
Pada waktu itu, Malaikat Jibril turun dari langit memberi salam kepada mereka lalu berkata :
“Dan aku mencintai tiga perkara dari duniamu :
- menyampaikan risalah,
- menunaikan amanah, dan
- mengasihi orang-orang miskin.”
Kemudian Malaikat Jibril naik ke langit dan turun semula seraya berkata :
“Allah s.w.t telah menyampaikan salamNYA pada kalian sambil menyatakan bahawa DIA juga mencintai tiga perkara dari dunia kalian :
- Lidah yang sentiasa menyebutNYA,
- Hati yang sentiasa khusyuk kepadaNYA, dan
- Jasad yang sentiasa sabar dengan ujian-ujian dariNYA.”
Subhanallah...
Wallahu'alam...

No comments:
Post a Comment