Duduk termenung di ruang tamu, tiba-tiba seorang tua datang membawa beberapa helaian kertas.
Si tua itu sebenarnya, ayahanda tercinta, yang baru saja pulang dari masjid berhampiran rumah kami.
Helaian kertas itu pula sebenarnya risalah ilmiah mingguan daripada Masjid di kampong.
Sekali lagi ana terbaca tentang doa.
Perkongsian untuk entry kali ni, rentetan daripada risalah yang dikhabarkan dalam tajuk yang sebelum ni.
Sana sini orang-orang mengembar-gemburkan tentang doa.
Hebat sangat ke DOA tu???
Ye! Doa sememangnya sangat hebat bagi seorang muslim sejati.
Lagi-lagi,waktu bulan puasa sekarang.
Lagi terbuka luas kuanter-kuanter pemohonan yang ingin membuat permohonan kepada “BIG BOSS”, the Almighty Allah.
Daripada risalah ilmu yang ana baca, ada terdapat beberapa potongan hadith yang menarik untuk dikongsikan.
Seorang sahabat baginda bertanya kepada baginda,tentang waktu lebih didengar oleh Allah taala untuk berdoa.
Maka Rasulullah bersabda :
“waktu tersebut adalah pada tengah malamdan pada akhir setiap solat fardhu. Allah memerhatikan hamba-hambaNYA yang bersungguh-sungguh berdoa.”
Pada masa yang sama,terdapat beberapa hadith yang menerangkan keadaan-keadaan tertentu,bilamana Allah memakbulkan doa hambaNYA :
· Doa seseorang untuk saudaranya yang tidak bersamanya adalah dikabulkan Allah
· Allah tidak menolak doa seorang yang berdoa antara azan dan iqamah
· Dalam sebuah hadith Qudsi riwayat Rabii, dikatakan bahawasanya sesiapa yang berdoa semasa senang, Allah akan memakbulkan doanya tatkala dia dihimpit kesulitan
· Terdapat 3 golongan yang tidak ditolak doa mereka, antaranya adalah :orang yang sedang berpuasa sehingga ia berbuka, seorang pemimpin yang adil dan orang yang dizalimi
· Berdasarkan sebuah hadith riwayat Tabrani,Nabi SAW bersabda :
“Tiada seorang hamba yang berdoa kepada Allah, melainkan dikabulkan permintaannya ataupun diberikannya 3 pilihan iaitu, dipercepatkan tertunai doanya di dunia, ditangguhkanuntuk diberikan kebaikan lain di akhirat ataupun digantikan dengan sesuatu yang boleh menolaknya daripada ditimpa bencana.”
· ”Barangsiapa ingin agar doanya terkabul dan masalah-masalahnya diselesaikan,hendaklah dia sentiasa menolong orang dalam kesulitan.” (Hadith riwayat Ahmad)
Hebat kan DOA!
Maka, ayuh kita susun ayat-ayat indah untuk dihadapkan kepada yang Maha Esa.
Semoga memberi manfaat bersama.
Ayuh renung-renungkan! InsyaAllah..
Wallahualam…
No comments:
Post a Comment