Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Perkongsian kali ini adalah kupasan risalah yang diedarkan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Hasaniah Bt3, Jalan Kapar Klang.
Ana dapat baca pun, melalui ayahanda yang baru saja pulang dari masjid dan menyerahkan risalah ni, untuk dimanfaatkan bersama.
Maka, ana pun terfikir nak berkongsi dengan sesiapa yang sudi membaca, untuk perkongsian kali ini.
Semuanya berkisar tentang, Keinginan Malaikat menjadi seorang manusia.
Pelik sungguh kalau difikirkan tentang keinginan si malaikat.
Bukan apa, seperti yang kita ketahui, malaikat, imannnya consisten. Amalannya, istiqamah.Dan tiada dosa, tapi kenapa berkeinginan untuk menjadi seorang manusia pula???
Alasannya ada dinyatakan dalam satu dialog Rasulullah bersama sahabat baginda Saidina Ali.
Baginda bersabda :
“Malaikat Jibrail sentiasa mendambakan untuk menjadi manusia, kerana manusia mendapat pahala dengan beramal dengan 7 perkara, iaitu : Sembahyang lima waktu bersama imam, berada dalam majlis ulama’, menziarahi orang ssakit, menghantar jenazah di perkuburan, memberikan minuman, mendamaikan antara dua orang yang sedang bermusuh dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim.”
Kemudian baginda bersabda lagi :
“Hendaklah kamu bersungguh-sungguh dengan amalan-amalan itu.”
Duhai malaikat, alangkan engkau makhluk yang sentiasa tunduk dan patuh pada yang maha Pencipta, mahu mengambil kesempatan ini, inikan pula kami manusiawi yang sudah azali diciptakan sebagai manusia.
Alangkah malangnya, andai kami terus menerus alpa dengan nikmat kebaikan yang Allah turunkan sejak awal penciptaan kami,seluruh manusia
Pahala ada di mana-mana.Yang tinggal hanya usaha,,,
Tepuk dada Tanya iman..
Semoga menjadi panduan dan ingatan bersama.InsyaAllah.
Wallahualam…
No comments:
Post a Comment